Saturday, July 24, 2010

2011 yang akan berakhir

Salam satu Malaysia semua...
Tahun 2011 telah berada di bulan terakhir. Ini bermakna 12 bulan telah kita lalui tanpa ada kita sedar atau sengaja tidak mahu sedar akan peredaran masa itu. Saya sendiri cuba mencari kesimpulan terbaik tentang apa yang telah saya lalui sepanjang 2011 ini. Setiap hari, minggu dan bulan yang saya lalui telah menjadi kawan, lawan,guru dan juga penilai yang terbaik dalam hidup saya. Benarlah kata pujangga, Pengalaman Adalah Guru Yang Terbaik.
Januari 2011, saya berpindah tempat bekerja untuk pertama kali pada tahun ketiga perkhidmatan saya di dalam sektor awam. Saya menanam satu iltizam bahawa saya mampu untuk menjalankan tugas dengan baik di mana jua asalkan saya menerima organisasi itu dengan positif. Itu bermakna telah dua tahun saya meninggalkan sektor swasta yang penuh gemilang dan mewah. Manakan tidak, dari status seoang Eksekutif Muda dengan pendapatan yang lumayan saya memilih untuk menjadi pegawai rendah di sektor awam. Ingin bermula dari aras paling bawah, walaupun telah berada di paras selesa adalah sesuatu yang mencabar diri saya untuk merealisasikan impian saya sendiri. Isteri dan kenalan saya sempat membuat parti kejutan sempena hari jadi saya yang ke-28. Hanya dengan sebiji kek di dewan badminton selepas tamat latihan amatlah bernilai bagi saya. Syukur ada orang yang ambil berat terhadap kita.
Tahun 2011 kian mencabar apabila Tuhan menurunkan cabaran dan dugaan duniawi kepada saya tidak kira di dalam hidup berumahhtangga mahupun kerjaya. Walau bagaimanapun dengan mempercayai bahawa Tuhan hanya menduga mereka yang mampu untuk melalui segalanya, saya masih bertahan dan menerima segalanya. Kehilangan ahli keluarga terdekat dan juga rakan sekerja dalam sekelip mata mengingatkan saya bahawa hidup ini adalah milik Tuhan dan saya hanya dipinjamkan segala milikNya itu. Betapa kecilnya Saya.
Berjaya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah walaupun melalui Pendidikkan Luar Kampus adalah sesuatu yang amat bermakna. Langkah pertama untuk 1001 langkah ya ng akan datang telah berjaya Saya hayunkan. Langkah untuk Saya mencapai impian yang telah begitu lama aku tanamkan dalam diri. Syukur Tuhan kerana dengan izinMu saya kian berjajya untuk memperbaiki diri untuk kebaikan saya dan juga orang lain.
Bencana alam dan peperangan yang berlaku di seluruh dunia kian membuktikan Manusia kian rakus dan tidak puas dengan kehidupan ini. Pelbagai teori dikemukakan oleh golongan bijak pandai untuk menjawab segala persoalan. Namun pokok pangkalnya tetap satu, iaiu kita Manusia yakni mahhluk ciptaan Tuhan paling sempurna kerana punya Akal.
Tahun 2011 akan berlalu pergi. Mujurlah saya telah diberi kesempatan untuk melaluinya.

Alangkah Bahagia Mereka yang Hari Ini Milik Mereka Lebih Baik Dari Semalam...
Bertuahlah Mereka Yang Memiliki Hari Ini Untuk Merancang Hari Esok Yang Lebih Baik...
Bersyukurlah Kita Kerana Memiliki Hari Ini...Kerana ia adalah PRESENT DAY...yang dihadiahan oleh Tuhyan untuk setiap kita...

bj

Saturday, July 17, 2010

warkah dari desa...prolog


salam hujung minggu semua...
hujung minggu ini berlalu seperti biasa bagi saya sendiri.
Ya...tidak lebih dari hari yang digunakan untuk berehat sepenuhnya walaupun saya ada bercadang untuk turun ke pejabat pada awalnya.
Bagaimana dengan anda semua? Semoga anda dapat menghabiskan hujung minggu dengan aktiviti yang lebih bermakna gitu.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, setiap minggu saya akan memaparkan episod atau bab - bab dari novel yang saya tulis sendiri sepenuhnya. Untuk pengetahuan anda semua, novel ini masih dalam pembikinan dan bermaksud anda semua adalah pembaca pertama novel ini secara langsung bersama saya. Novel ini bertemakan kehidupan bermasyarakat di negara kita yang sedang bangga dengan laungan 1 MALAYSIA. Selamat membaca WARKAH DARI DESA...

PROLOG...
Natasha bukanlah satu nama besar ataupun ikon di negara ini yang mampu menarik mana - mana media massa untuk memaparkan kisah hidup dia untuk tatapan umum sama ada untuk dijadikan tauladan semata - mata atau pun untuk publisiti yang mampu menaikkan graf jualan mereka. Natasha bukanlah nama seorang bintang yang kemunculannya dinanti - nantikan oleh semua orang terutamanya peminat - peminat setia dan fanatik untuk menghiburkan hari - hari mereka. Natasha juga bukannya nama seorang pemimpin masyarakat samaada di pihak kerajaan mahupun pembangkang yang boleh dijadikan tajuk perbualan oleh rakan - rakan sembang di warung - warung kopi seadanya. Natasha hanya punya satu kisah indah yang dikongsikan dengan seseorang yang dia amat percayai. Kisah hidup dia yang terpahat indah serta kukuh di dalam jiwa dan raganya sepanjang masa sehingga ke akhir hayatnya.
Suatu ketika dulu Natasha melalui kehidupan yang boleh dikategorikan sukar. Membesar di sebuah perkampungan kecil orang Iban yang terletak di pendalaman Sarawak, sudah cukup untuk menggambarkan masa depan yang bakal dia lalui. Menjalani kehidupan seorang kanak - kanak desa bukanlah sukar bagi dia dan juga mereka - mereka yang lainnya, tetapi tidak pada hakikatnya. Menjalani kehidupan harian dengan persekitaran yang terhad tidak kira dari segi kemodenan infrastuktur mahupun pemikiran penduduk setempat, menyebabkan dia tidak banyak memikirkan apa yang berlaku dan mampu mereka lakukan di luar sana seperti juga rakan - rakan seangkatannya yang lain. Norma kehidupan harian yang diwarisi sejak turun temurun mereka jalani dengan penuh cekal tanpa pernah mempersoalkannya meskipun sekali. Mereka puas dengan apa yang mereka miliki dan juga bakal lalui. Sesungguhnya mereka menjadikan pengalaman hidup itu sebagai guru yang sentiasa membimbing mereka sebaiknya.
Menjejakkan kaki ke alam persekolahan hanyalah satu rutin bagi Natasha dan juga anak - anak desa yang lain. Mereka tidak menaruhkan banyak harapan di sini. Mereka hanya datang dan akan pergi apabila mereka telah jemu berada di sini ataupun apabila kehidupan desa memanggil mereka untuk meneruskan warisan kehidupan mereka. Belajar di sekolah yang terletak di pendalaman dan serba kekurangan itu tidak banyak mampu menyemaikan benih kesedaran di dalam diri mereka agar bersiap untuk melakukan perubahan si dalam diri mereka mahupun masyarakat. Mereka tidak banyak membangkitkan persoalan yang menuntut pihak - pihak berkenaan memerah akal fikiran berkaitan banyaknya kekurangan di sini kerana mereka sendiri tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu akan semua kekurangan itu. Bagi mereka semua itu tidak perlu kerana di desa yang permai di sana, mereka telah memiliki semuanya. Hanya keajaiban anugerah Tuhan diharap mampu menyemai benih kesedaran di dalam diri mereka seadanya.
Memasuki alam remaja di desa yang terpencil itu tidak menuntut banyak perubahan dan pengorbanan di dalam diri mereka. Bagi Natasha dan juga rakan - rakannya yang lain, mereka hanya perlu melalui semua itu sebagai satu kitaran hidup mereka. Natasha hanya bernasib baik kerana dia di antara anak - anak pendalaman yang meneruskan pelajaran ke sekolah menengah di bandar yang terletak jauh dari kampung. Peluang yang diberikan oleh orang tuanya tidak banyak merubah cara hidup dia sebagai seorang anak desa. Terpisah dengan keluarga di samping menjalani kehidupan yang jauh berbeza dengan kehidupan desa banyak memberi cabaran kepada kepada dia. Banyak yang dia pelajari di sini sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui kehidupan harian dan juga dari masyarakat sekelilingnya. Sudah lali dengan hidup di desa yang menuntut dia berdikari sepanjang masa banyak membantu dia menjalani kehidupan yang baru itu.
Natasha sesungguhnya dicucuri rahmat dari Tuhan yang berkuasa. Di sebalik kemelut hidup anak desa, dia ditunjukkan jalan cerah yang dia sendiri tidak pernah fikirkan sebelum ini. Mendapat peluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bukanlah satu pilihan yang senang dan baik bagi seorang anak gadis desa. Jalan cerah tetapi berliku itu menuntut pengorbanan seluruh isi keluarga yang dia sendiri tidak terfikir dan terbayang ketika mengambil keputusan tersebut. Pengorbanan itu kian mematangkan Natasha dalam meneruskan perjalanan yang dia telah pilih sendiri. Natasha kian terperangkap dari hari ke hari di antara tuntutan kehidupan adat resam di desa yang telah sekian lama dia dan masyarakatnya jalani dan juga tuntutan kehidupan zaman ini. Kesedaran dan kekuatan dalam dirinya menuntut dia menjadi untuk lebih kuat dan bijak sekiranya dia ingin segalanya berjalan seiring. Dari hari ke hari dia perlu melalui segalanya seorang diri. Dia mulai sedar betapa perlunya seseorang yang memahami apa yang berlaku untuk bersama ataupun menyokong dia agar menjadi lebih kuat dan tidak terkeluar dari landasan itu.
Natasha tidak punya apa yang mampu dia banggakan, tetapi Natasha punya satu cerita yang mampu membawa kita memikirkan dan menilai semula erti sebuah kehidupan dari kaca mata setiap kita.

bj

Thursday, July 15, 2010

apa macam jadi ini macam

salam 1 Malaysia semua...
bagaimana dengan hari dan minggu anda semua?
hari ini ada dua perkara yang hendak saya kongsikan dan beritahu semua.
Yang pertama...mulai minggu ini, setiap minggu akan ada episod, yakni paparan Bab - bab novel hasil nukilan saya sendiri untuk tatapan kita semua.
Diharapkan semua akan menyokong saya sehingga akhirnya.
Yang kedua...ini ada cerita babak Nasib Doremi dari cerita Tan Sri P. Ramlee yang benar - benar berlaku di depan mata saya dan juga rakan seperjuangan yang lainnya. begini ceritanya...
saya bersa rakan yang lain baru saja ingin menikmati sarapan nasi goreng di satu warung milik bumiputera juga adanya. Pekerja - pekerja di situ juga terdiri daripada anak - anak bumiputera kita yang baru cuba belajar berdikari. Banyak juga pelanggan lain yang berada di situ. Nak dijadikan cerita, adalah dua orang pakcik bumiputera yang duduk di belakang kami,yang sudah habis makan sarapan mereka nampaknya sedang leka berbual. Menunggu untuk membayar bil sarapan mereka agaknya. Sedang kami semua leka menikmati sarapan, tiba - tiba mereka menengking pembancuh air minuman yang datang untuk minta bil air minuman dijelaskan.
"Ini kopi apa pahit benar?. Cuba kau yang minum air kopi ini. Rasa sendiri kopi yang kau buat!." bentak mereka kasar. Si pembancuh air nampak terkejut dan teramatlah malu. Sebagai orang yang berlagak profesional, kami hanya memandang dari hujung mata saja.
"Ni mana tauke. Aku nak komplen pekerja dia ni!." Agak kasar juga soalan itu ditanyakan kepada makcik tukang masak yang datang minta bil makanan pula untuk dijelaskan. Dia hanya berlalu membawa pinggan dan duit bil ke kaunter bayaran tanpa menjawab soalan kategori kurang ajar itu.
Masa itu kami semua memandang ke arah pakcik - pakcik tersebut untuk memastikan tiada apa yang tidak diingini berlaku. Almaklumlah kami antara pelanggan tetap di situ. Setelah sedar yang mereka berjaya menarik perhatian kami, mereka sama - sama berjalan keluar dan buat - buat bodoh apabila pembancuh air meminta mereka menjelaskan bil minuman.
"Kenapalah nak buat babak cerita P. Ramlee pulak di pagi hari. Bukan banyak mana pun bil tu." komen rakan di depan saya.
"Biasalah bila bumiputera jumpa peniaga bumiputera. Bukan nak membantu, nak menjahanamkan adalah. Nanti kata, dengan bangsa sendiri pun nak berkira." tambah saya pula.
Sedang kami baru ingin terus menikmati sarapan pagi yang sedikit tergendala, kedengaran pula si pembancuh air memarahi pekerja - pekerja yang lain. Inilah dunia peniaga kecil - kecilan orang kita, samaada dipersalahkan atau pun menyalahkan yang lain.

Sesungguhnya amat mudah untuk kita menuding jari kepada mereka yang lain, tetapi kita jangan lupa pangkalnya di mana


bj

Tuesday, July 13, 2010

sama kita renungkan

kabare semua...
didoakan awal minggu anda berjalan lancar kerana suatu awalan itu amat penting untuk kita merencana dan membuat persiapan untuk menjalani kehidupan seminggu ini...
sesungguhnya mereka yang gagal adalah mereka yang gagal untuk merancang kerana tanpa perancangan tidak akan ada perlaksanaan, dan semestinya tanpa perlaksanaan maka tidak akan datanglah suatu kejayaan itu...

sesunguhnya rugilah mereka yang masih sama seperti semalam, alangkah teruknya mereka yang teruk daripada semalam, dan berberkatlah untuk mereka mereka yang belajar dari segala apa yang berlalu semalam.

bj

Monday, July 12, 2010

isnin datang lagi...

Isnin datang lagi dengan agenda yang berbeza untuk kita semua...
Yang mesti dijadikan topik utama adalah kejayaan pasukan bola sepak Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2010 dengan jaringan di masa tambahan 1-0 ke atas Belanda awal pagi tadi. Saya sendiri antara pengkritik tidak rasmi yang memperkatakan tentang kejayaan ini. Tambahan lagi saya adalah antara peminat Sepanyol dan Iker Casilas...
Tetapi bukan itu yang ingin saya kongsikan bersama pada pagi isnin ini...
Adakah anda perasan atau mengakui adanya sindrom berbahaya di kebanyakkan pejabat sama ada swasta atau kerajaan yang telah menular sekian lama, iaitu...MONDAY SICKNESS @ DEMAM di PAGI ISNIN...
Sesungguhnya ada tiga kategori mereka yang mengalami penyakit ini...
Yang budiman...akan memohon cuti pada hari jumaat sebelumnya dengan apa saja alasan yang difikirkan relevan untuk dikemukakan di dalam borang cuti...sesungguhnya budiman
Yang kurang bijak...golongan ini akan memberitahu pejabat bahawa mereka - mereka ini telah terjatuh sakit dengan apa saja jenis penyakit yang membolehkan mereka mendapat Sijil Sakit daripada Doktor Panel seadanya...doakanlah mereka sembuh seadanya
Yang berkepala besar @ batu...hanya memberitahu kroni - kroni yang seangkatan untuk membantu KEHADIRAN mereka di pejabat seadanya meskipun tidak menjengah pejabat sehari suntuk...alangkah baiknya kalau itu batu permata seadanya
Golongan mana sekalipun golongan yang menghidap penyakit ini, sesungghnya janganlah kita cemuh atau perlekehkan akan mereka ini. Seharusnya kita bersatu untuk menyembuhkan mereka kerana...
Meskipun mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit itu...mereka yang telah tenat janganlah kita bawakan kain kapan @ keranda ketika melawat...

bj

Friday, July 9, 2010

selamat berhujung minggu...

hujung minggu yang dinanti-nantikan oleh kebanyakkan orang termasuk saya sendiri datang lagi...
saya merenungkan lagi segala kehidupan seminggu yang lalu, lebih - lebih lagi adakah saya telah melaluinya dengan penuh berdikari...berintegriti...bertanggungjawab sabagaiana yang ingin saya terapkan...untuk itu, saya kongsikan satu lawak untuk kita merehatkan minda di hujung minggu ini...
...suatu ketika di alam kematian sedang berhimpunlah semua si mati yang bakal dihadapkan ke muka pengadilan untuk dihakimi segala apa amalan ketika hidupnya di muka bumi seadanya oleh Malaikat - Malaikat yang diiktiraf juga adanya...
...pelbagai ragam jugaklah yang dapat disaksikan di waktu itu. almaklumlah dari segala pelosok bumi datangnya mereka dan semestinya dengan gaya...cara...agenda...persiapan yang sesungguhnya berbeza...
...maka bertanyalah seorang daripada mereka yang rupanya amatlah ganas...penampilannya sesungguhnya bergaya...raut wajahnya penuh keyakinan... dengan mereka - mereka yang lain akan "NERAKA" yang terbaik untuk dijadikan pilihan kelaknya...maka ditunjukkanlah oleh mereka yang lainnya akan kaunter pendaftaran beserta risalah yang disediakan kepadanya untuk dibuat pilihan...
1...NERAKA di AMERIKA...di risalahnya tertera hukumannya adalah renjatan kerusi elektrik dan katil berpaku telah sedia menanti mereka - mereka yang selayaknya...walau bagaimanapun, dia melihat kaunter pendaftaran serta pintu masuk tempat tersebut amatlah lenggang, malah hampir tiada penghuni layaknya...maka sekali lagi dia bertanya mengapa sedemikian rupa jadinya kepada pegawai di kaunter...jawabnya... kerusi elektrik di sini adalah tercanggih dan diselanggarakan secara berkala dan efektif...katil berpaku diperbuat daripada peralatan terbaru dan semestinya berkualiti tinggi...dan yang pasti, Malaikat bertugas untuk mengendalikan hukuman adalah mereka yang amatlah terlatih dan berdisiplin tingginya seadanya...SESUNGGUHNYA MENGGERUKAN...bisiknya di dalam hati
2...NERAKA di INDIA...di risalahnya masih tertera hukumannya adalah renjatan kerusi elektrik dan katil berpaku telah sedia menanti mereka - mereka yang selayaknya...sekali lagi dia melihat kaunter pendaftaran serta pintu masuk tempat tersebut agak lenggang sebagaimana kaunter sebelumnya...maka sekali lagi dia bertanya kepada pegawai di kaunter...jawabnya... kerusi elektrik di sini adalah ciptaan terbaik oleh mereka dan amatlah terbukti akan keberkesanannya...katil berpaku pula diperbuat daripada perkakasan tulen keluaran mereka sendiri adanya...ditambah lagi semuanya adalah di bawah seliaan Malaikat yang setia dan komited akan kerjanya...AMATLAH MENGGERUKAN...bisiknya lagi
3...NERAKA di MALAYSIA...di risalahnya sama saja tertera hukumannya adalah renjatan kerusi elektrik dan katil berpaku sebagaimana yang lainnya...walau bagaimana pun seakan terkejut dia melihat kaunter pendaftaran serta pintu masuk tempat tersebut teramatlah penuh adanya...maka dengan rasa pelik tapi benarnya maka dia pun bertanya mengapa sedemikian rupa jadinya kepada pegawai di kaunter...jawabnya... kerusi elektrik di sini adalah barang terpakai di neraka lain adanya malah amatlah jarang diselanggarakan sehingga jarang - jarang dapat berfungsi seadanya...katil berpakunya pula, dah jarang - jarang nampak pakunya akibat perbuatan segelintir mereka-mereka penghuninya juga adanya...tambahnya lagi sambil berbisik, Malaikat bertugas untuk mengendalikan hukuman adalah mereka-mereka yang dulunya PEGAWAI KERAJAAN dengarnya...siapa lagi kalau bukan mereka-mereka yang masuknya kerjanya pukul 0900, pulangnya jam 1500 dan rehatnya setiap sejam juga sepanjang harinya bekerja...SESUNGGUHNYA NERAKA...bisiknya tersenyum sendiri tanpa membuang masa menghampiri AGEN yang berdekatan untuk mendaftarkan dirinya...

...sesungguhnya tiada di antara kita yang sempurna seadanya, tetapi janganlah kita salah tafsir akan KETIDAKSEMPURNAAN itu hendaknya...

bj

salam perkenalan...

Salam perkenalan...salam perpaduan dan SALAM SATU MALAYSIA semuanya...
Terima kasih seadanya kerana telah melayari blog ini.
Ini adalah langkah pertama saya di dalam bidang ini dengan tujuan untuk berkongsi dan mendapatkan manfaat serta segala kebaikan daripada bidang ini.
Saya yakin dan percaya dengan adanya anda semua akan dapat mencapai matlamat saya tersebut dengan jayanya...

Salam...

...Meskipun setiap langkah kita dimulakan dengan langkah pertama...Jangan biarkan langkah pertama itu KEKOSONGAN...

bj